Sambutan suku abad di dalam dunia perguruan
Assalamualaikum. Sedar tak sedar rupa-rupanya sudah suku abad Abam Kie berkhidmat sebagai guru. Cepatnya masa berlalu! Lantikan sebagai guru DG3 (sekarang DG41) berkuatkuasa pada 16 September 1997. Pada hari berkenaan Abam Kie terbang dari Subang Airport ke Kota Kinabalu International Airport secara solo. Abg ipar dan kakak yang hantar dari AU3 Ampang Hulu Klang pada pagi berkenaan. Tu pun nasib baik sempat sampai sebelum boarding gate ditutup. Jika tak, mahunya kena beli tiket sendiri. Oh! Ya... tiket ke KK tu diberikan oleh MOE. Sebenarnya Abam Kie kena pergi ke Sabah pada bulan Mei lagi iaitu sebelum Konvokesyen UM. Tapi abam kie degil minta tangguh sebab nak tunggu segalanya settled selepas konvo pada bulan Ogos tu. Malas la gi Sabah sekejap. Lepas tu kena balik KL lagi untuk konvo. Renyah sungguh. Sebenarnya abam kie cuba merayu agar dapat diubah penempatan ke Semenanjung. Tak nak pi Sabah la kalau boleh! Tapi rayu punya rayu akhirnya x berjaya. Macam kes Najib tu la. Maka ter